Hari ni 31.01.2025 (Jumaat), saya bersama pasukan 11 pelajar dengan penuh semangat mencabar diri untuk menyertai satu pertandingan inovasi peringkat antarabangsa yang diadakan di Bangkok, Thailand. Dengan membawa dua projek, pasukan SAS Nation memberanikan diri untuk turut memeriahkan IPITEX kali ini. Memandangkan penerbangan kami adalah esok, 01.02.2025, kami membuat keputusan untuk bertolak awal, lebih kurang jam 3.30 petang menuju ke Hatyai.
Sebahagian peserta IPITEX 2025
Bergambar dengan van JPN Kedah yang akan menghantar kami ke Changlun sebelum menaiki van Thailand untuk ke Hatyai
Bagi memberi semangat untuk anak2 ini sebelum berjuang esok, bawa melawat Asean Night Bazaar dulu😬