ANUGERAH PANDU PUTERI REMAJA MEMBENTUK REMAJA BERKUALITI

Melalui program baharu Pandu Puteri, ahlinya Pandu Puteri Remaja (Tingkatan 1 hingga 3) diberikan peluang untuk mendapatkan anugerah pada peringkat menengah rendah, iaitu Anugerah Pandu Puteri Remaja. Setiap ahli Pandu Puteri sememangnya digalakkan untuk memohon sebagai calon anugerah ini sekaligus menempatkan mereka pada satu tahap lebih baik dalam Persatuan Pandu Puteri. Setiap ilmu yang dipelajari boleh diaplikasikan dengan sepenuhnya dalam modul-modul yang perlu dilengkapkan. 

Bagi melayakkan seorang ahli Pandu Puteri Remaja untuk memohon sebagai calon Anugerah PP Remaja adalah seperti berikut:

  • mengikuti program PP Remaja di tingkatan 3
  • menganuti agama atau mempunyai kepercayaan kerohanian
  • telah lulus Prinsip Asas PP Remaja
  • teleh memperoleh Tali Pekelilingan
  • telah memperoleh Bintang Puteri 1
  • telah menghantar Jurnal Progresif, buku log dan buku log peribadi
Dalam buku log peribadi, ahli hendaklah merangkumi tahap pelibatan sebagai PP remaja di peringkat:
  • sekolah (sekurang-kurangnya 2 kali)
  • daerah/zon (sekurang-kurangnya 2 kali)
  • cawangan (sekurang-kurangnya 2 kali)
  • kebangsaan (sekurang-kurangnya 1 kali)
  • antarabangsa (sekurang-kurangnya 1 kali)
  • khidmat khas (bonus)

Pada tahun ini, SMK Sultanah Asma berjaya menghantar dua orang calon untuk anugerah ini. Tahun ini merupakan tahun kedua sekolah kami melibatkan ahli menyertai anugerah ini. Moga calon yang dihantar menunjukkan kualiti yang cemerlang dan setanding dengan calon negeri lain. 



Calon Anugerah PP Remaja dari SMK Sultanah Asma 
(Cik Fakhirah & Cik Kasih)



Previous Post Next Post