PIXABAY : Dapatkan lebih 2 juta imej, video dan muzik secara percuma


 Bagi seorang pendidik, mendapatkan imej, video dan muzik yang berkualiti merupakan suatu yang sangat membantu. Sepanjang proses mencari sumber dan bahan seantero alam maya, saya menjumpai satu website yang wajib dijadikan rujukan para guru dan sesiapa sahaja yang memerlukan grafik yang menarik dan yang menariknya, bahan yang dikongsikan adalah percuma. 

  • Semua kandungan (imej, video dan muzik) di Pixabay boleh digunakan secara percuma untuk kegunaan komersil dan bukan komersil, secara cetakan mahupun digital, kecuali dinyatakan.
  • Atribusi atau memberi kredit tidak diperlukan tetapi amat digalakkan bagi menghargai karya artisnya.
  • Pengubahsuaian juga dibenarkan kepada kandungan daripada Pixabay
Sebagai contoh, imej berikut saya dapatkan daripada Pixabay 

Image by Mohamed Hassan from Pixabay

Saya percaya dengan kualiti seperti ini, Pixabay patut dijadikan sumber wajib para guru. 

Berikut juga merupakan contoh hasil carian dengan perkataan "BUKU" pada tapak carian di Pixabay.


Layari Pixabay untuk mendapatkan koleksi menarik ini

Menarik bukan? Selamat bereksplorasi, semoga memberi manfaat 



Previous Post Next Post