FIT AYU berkongsi teknik pengajaran Matematik yang menarik


Fun Interactive Teaching Akademi Youtuber atau ringkasnya FIT AYU terdiri daripada 4 orang guru Matematik berpengalaman dari 4 buah negeri (Kedah, Terengganu, Selangor dan Sabah). Berkonsepkan eksplorasi dalam mempelajari Matematik, kami telah berjaya melaksanakan 10 episod perkongsian amalan terbaik bersama para guru dan pelajar seluruh Malaysia. Disiarkan ke 8 saluran youtube, impaknya sangat memberangsangkan. Dengan jumlah views lebih 15000 keseluruhannya, ia merupakan sesuatu yang amat menbanggakan dan memberikan kepuasan kepada kami. Dalam 10 episod tersebut, kami berjaya berkongsi idea-idea menarik bagi membantu para guru yang inginkan kelainan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Antara idea yang diketengahkan adalah seperti berikut :

1. Eksplorasi Segitiga 
2. Eksplorasi Bulatan
3. Eksplorasi Kertas
4. Eksplorasi Bahan Terpakai
5. Eksplorasi Kalendar
6. Tangram
7. Guna semula Sarang Telur
8. Geoboard

Kami juga telah menjemput beberapa tetamu yang berpengaruh dalam dunia matematik di Malaysia, Cikgu Noora Sinta, untuk berkongsi teknik menarik yang beliau gunakan semasa PdP. 

Ikuti setiap episod perkongsian kami di link yang berikut

Previous Post Next Post