LEVEL UP Dengan WAKELET


Hari ni Tcer Reen sekali lagi mencabar diri mendalami ilmu Wakelet. Memang satu benda baru, selama ni pernah dengar tapi tak ada kesempatan belajar. Sudah alang-alang ada peluang, saya ambil peluang ini. Idea saya, dengan Wakelet saya akan sediakan satu platform untuk kumpul bahan-bahan ahli Pandu Puteri yang sememangnya perlu merujuk pelbagai bahan dari pelbagai sumber ke arah Anugerah Pandu Puteri Raja. 

Jika ada peluang, saya bercita-cita nak sediakan space khas untuk setiap tajuk dengan menggunakan Wakelet. Doakan semangat saya sentiasa ada.. 😀😀😀









 

Previous Post Next Post